Baner

Pages

Sunday, 11 December 2011

Bentuk Di Sekelilingku

Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segi empat sama, segi tiga,bulatan, sfera,piramid,kubus,kuboid,kon dan silinder.

Standard Kandungan:
Sains Fizikal

5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat Segi empat sama, segi tiga dan bulatan
         yang   terdapat pada objek di persekitaranmurid.  
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

NOTA:
Kepelbagaian Bentuk
• Pelbagai bentuk boleh dijumpai di sekeliling kita.
• Contoh: segiempat tepat, segiempat sama,segitiga, bulatan, sfera, piramid, kubus, kuboid, kon dan silinder.
• Bangunan di Malasia mempunyai pelbagai bentuk.
• Contoh:
KLCC berbentuk silinder
Kubah masjid berbentuk sfera
Bangunan sekolah berbentuk kuboid

Latihan:



Deria Penglihatan Kita

Ringkasan:
Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti bahagian anggota badan yang
berhubungkait dengan deria penglihatan, kepentingan deria penglihatan dan
mensyukuri anugerah Tuhan tersebut.

Standard Kandungan :
Sains Fizikal
5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria
         penglihatan.
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.

CONTOH:

Hidup atau Bukan Hidup

Ringkasan:
Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

 
Kandungan Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup 


Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK,penulisan atau lisan.

 
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.


Saturday, 10 December 2011

Tajuk Pengajaran